Saturday, March 21, 2009


Maktab Mahmud Alor Setar Gayong Pusaka

Wednesday, March 18, 2009

GELANGGANG GAYONG PUSAKA TAMAN PERMAI.

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia,Gelanggang Taman Permai (PSSPGM Taman Permai) telah bertapak secara rasminya pada tahun 2008. Pada awalnya kami bermula di Lorong Hj Hasaan, Batu 3 Jalan Langgar. Setelah tiga tahun di situ, kami berpindah ke tapak baru yang lebih selesa sekarang iaitu di Taman Sri Permai Fasa 2, Jalan Langgar, Alor Star. Kini, cawangan ini bergerak aktif di daerah Kota Setar. Pusat pentadbiran dan latihan tertinggi terletak di Guar Nenas, Gurun, Kedah di bawah pimpinan Datuk Raja Abdul Majid Bin Md Isa. Allahyarham Dato' Meor Abd Rahman Bin Daeng Uda Hashim merupakan pengasas kepada Seni Silat Gayong ini.

Di samping mengadakan latihan mingguan di gelanggang, PSSPGM Taman Permai juga sering kali dijemput untuk mengadakan persembahan di majlis-majlis keraian dan rasmi. Kami juga mempunyai hubungan rapat dengan Non Government Organization (NGO) dan badan kerajaan. Kami juga terlibat dalam program di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Ini menjadikan PSSPGM Taman Permai dikenali dan mudah didampingi.
PSSPGM Taman Permai mempunyai azam yang tinggi untuk memastikan kecemerlangan ahlinya duniawi dan ukhrawi. Oleh itu, beberapa program telah dirangka dan akan dilaksanakan demi merealisasikan hasrat tersebut. Melalui gabungan jurulatih baru dan lama serta gelanggang-gelanggang lain di daerah Kota Setar ini, diharap usaha ini akan berjaya.
Sebagai usaha ke arah pembentukan generasi pelapis pada masa akan datang, PSSPGM Taman Permai akan terus memberi penekanan dan mempertingkatkan kekuatan rohani, jasmani serta mental ahli-ahlinya. Semua unsur ini amat penting kepada pembentukan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

LATAR BELAKANG GELANGGANG KUALA KEDAH

PERTUBUHAN SENI SILAT PUSAKA GAYONG PUSAKA MALAYSIA,GELANGGANG KUALA KEDAH telah ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Cikgu Yahya Bin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Abg Din Beruang.Dibawah pentadbiran dan latihan tertinggi bertempat di Pusat Latihan Seni Silat Gayong Malaysia,Guar Nenas dibawah pimpinan dan nasihat oleh DATO` ABDUL MAJID BIN MAT ISA.Sebagai guru utama merangkap yang Dipertua Pertubuhan.
Gelangang Kuala Kedah bermula dari Gelanggang Kampong di Kuala Kedah iaitu Kampong Hulu dan menubuhkan Seni Silat disebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana, berfungsi hingga sekarang.
Gelangang Kuala Kedah meneruskan lagi perjuangan dengan memperluaskan lagi di Sekolah Menengah Sri Pantai dan mengambil alih Maktab Mahmud dari tangan Cikgu Awang Daud atas amanat yang diberikan kepada Cikgu Abg Din Beruang ,sekarang Maktab Mahmud diteruskan oleh Cikgu Khairil Hazreq(Abang Yet) sejak 2002 hingga sekarang .Matlamat Gelanggang Kuala Kedah adalah untuk memberi sumbangan kepada anak-anak muda zaman sekarang dan membentuk generasi pelapis agar dapat meneruskan warisan bangsa melayu yang hampir pupus.Memajukan Seni Silat ini supaya masyarakat Kuala Kedah dan umat Islam dapat memberi penekanan kepada peningkatan kekuatan jasmani,rohani dan minda.
Ketiga-tiga unsur ini amat penting bagi membina insan yang seimbang.Maka segala aktiviti gelanggang akan menjuruskan kepada unsur –unsur ini, membentuk jatidiri dan kesempurnaan ibadah hidup untuk seorang pesilat yang berdisplin dan patuh pada Bangsa,Agama dan undang-undang Negara.
Anak Gayong Maktab Mahmud Alor Setar bersama Cikgu Yet selepas persembahan silat di Penjara Alor Setar,Kedah.2008

Tuesday, March 17, 2009

Jadual Latihan

GELANGGANG JALAN LANGGAR (TAMAN SRI PERMAI)

Hari : Khamis (malam Jumaat) & Jumaat (malam Sabtu)

Masa : 9.30 pm - 11.30 pm

Gurulatih : Cikgu Fauzi B Abd Kadir (016-520 9868)

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR

Hari : Isnin & Rabu

Masa : 5 pm - 6.45 pm

Gurulatih : Cikgu Yet (017-596 0900)

SEK MEN KEB SRI PANTAI, KUALA KEDAH

Hari : Jumaat & Sabtu

Masa : 4 pm - 6.45 pm

Jurulatih : Cikgu Hafiz (016-444 5738)

SEK MEN KEB TUNKU LAKSAMANA, KUALA KEDAH

Hari : Jumaat

Masa : 3.30 pm - 5.30 pm

Jurulatih : Cikgu Hadi (016-422 5321)

SEK MEN KEB DATO' SYED OMAR

Hari : Jumaat

Masa : 8.30 am - 11.30 am

Jurulatih : Cikgu Nizam (013-432 4204)


Gambar Semasa Demo Hari AIDS Sedunia Peringkat Negeri Kedah Bersama
Yayasan Sultanah Bahiyah
Gambar Jurulatih Sekolah Tunku Laksamana Tahun 2002

Sejarah Penubuhan Cawangan Alor Setar

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Cawangan Alor Setar ini adalah bernaung di bawah pentadbiran dan latihan tertinggi gelanggang pusat Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia, bertempat di Guar Nenas, Gurun, Kedah. Pertubuhan ini dipimpin oleh Dato' Abd Majid B Mad Isa (D.S.P.N, P.J.K) sebagai guru utama dan merangkap Yang Di Pertua Pertubuhan. Pertubuhan ini adalah terbentuk daripada gabungan gelanggang-gelanggang di dalam daerah Kota Setar. Di awal penubuhannya, pada pertengahan tahun 2008, di atas amanat yang diberikan oleh Yang Di Pertua iaitu Dato’Abdul Majid bin Mat Isa kepada Cikgu Khairil Hazreq B. Kamarolzaman (Cikgu Yet) merangkap sebagai Gurulatih Pusat menyandang Sandang Panglima Hitam untuk mengembalikan serta memertabatkan kembali imej Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia di daerah Alor Setar. Justeru itu, di atas dasar perjuangan dan amanah yang diberikan, Cikgu Yet telah berjumpa dengan semua ketua gelanggang di dalam daerah Kota Setar bagi membentuk satu cawangan baru. Pada hari Jumaat bersamaan 30-1-2009, yang bertempat di rumah Cikgu Yahya (Abang Din Beruang) merangkap penasihat cawangan Alor Setar, di atas persetujuan oleh wakil-wakil dari semua gelanggang di dalam daerah Kota Setar, maka tertubuhlah Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Cawangan Alor Setar, Kedah.