Monday, May 4, 2009

MAJLIS MANDI ADAT PERLIMAU BERTEMPAT DIPERKARANGAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA,NEGERI KEDAH DI TAMAN BEDAYA,PUMPUNG,ALOR SETAR .

Alahamdullilah,bersyukur kepada allah atas kerjasama ahli-ahli jawatankuasa Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Cawangan Kota Setar dengan bermacam-macam dugaan yang ditempuhi dan pengorbanan yang diberikan maka telah berjaya membuat Program yang pertama kali iaitu Majlis Mandi Adat Perlimau di Taman Budaya Alor Setar Pada 25 April 2009.Seramai 250 orang ahli yang terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Daerah Kota Star , Gelanggang Taman Permai , Gelangang Kuala Kedah dan turut dihadiri oleh ibubapa pelajar yang sanggup memberi sokongan dan semangat kepada anak-anak mereka.

" aien! lepas ni aku ingat nak buat mandi pakai pisang la plak,bleh x?
hang nak buang tebiat ke g-rin"

Majlis telah dipengurusikan oleh saudara syahmi dari gelanggang Taman Permai,Jalan Langgar dan ucapan aluan dan selamat oleh saudara Abe (Timbalan Pengurusi PSSPGM Cawangan Kota Setar) seterusnya amanat dan sejarah perjuangan gayong telah disampaikan oleh Dato’ Abdul Majid Bin Mat Isa(Yang Dipertua Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia)dirasmikan oleh Yang Amat Berhomat Cikgu Johari Bin Abdullah (ADUN KUPANG) pada pagi tersebut ,kemudian Majlis dipersembahkan Adat memohon keizinan yang diketuai oleh Cikgu Khairil Hazreq @ cikgu yet (Pengurusi PSSPGM Cawangan Kota Setar) untuk memulakan Persembahan Silat dari Cawangan Kota Setar dan Gelanggang Pusat ,Gurun.

dok tengah tunggu giliran potong limau... tak sabar2 adik-adik ni.




Majlis ini atas dasar ukhwah perpaduan untuk membawa ilmu persilatan ini sebagai pegangan hidup bukan setakat untuk bersilat tetapi dorongan untuk dekatkan diri kita kepada allah tinggalkan apa yang ditegah buat apa yang diajar oleh rasulallah s.a.w kepada umatnya sebagai mana perkataan gayong itu sendiri gengam,angkat,yakin ,waras dan ngeri . Gayong bukan untuk dijaja atau dijual kepada sesiapa bukan untuk dimegah kepada seseorang yang menguasainya dan tiada siapa yang berhak melainkan yang hak yang berhak.Atas perjuangan ini adalah untuk memberitahu kepada anak gayong belajarlah ilmu ini selagi kita boleh ambil ilmu untuk mempertahankan diri kita dari musuh.Islam itu sendiri menyuruh umatnya supaya bersiap sedia dari segi segala kekuatan yang ada belajar berkuda,bermain pedang ,keris,pisau,parang atau senjata api pada zaman moden ini(Dari Surah Al-Anfal ayat:60-62).



" aku lepas ni nak keja bomba lah,bleh mandi hari2 perlimau biaq badan aku bau limau"



Majlis Adat Perlimau dan Mandi Seni ini juga buat pertama kali dalam sejarah Mandi Perlimau Gayong dengan mengunakan Perkhidmatan BOMBA dan Penyelamat untuk memandikan murid-murid gayong.Acara ini adalah sebagai insantif untuk memeriahkan majlis dan mendekatkan diri kepada masyarakat bersama –sama membawa ilmu persilatan sebagai hak pewaris anak-anak melayu kita yang mana anak melayu sekarang masih lupa kepada adat dan adap tatasusila bangsa melayu itu sendiri.




"amboi.... posing habis adik kecil kita tu.ha lepas mandi, bunga tu simpan dalam balang buat kenangan.. seumur hidup skali laaaa"

No comments:

Post a Comment