Friday, March 26, 2010

PEKELILING PROGRAM MEMARTABATKAN DAN PENJANAAN EKONOMI PERTUBUHAN SENI SILAT PUSAKA GAYONG MALAYSIA

Adalah dengan hormat dan sukacitanya PSSPGM ingin menarik perhatian semua pihak dengan merujuk kepada perkara pekeliling di atas, bahawa satu pelaksanaan program memartabatkan dan penjanaan ekonomi PSSPGM sedang dilaksanakan. Adalah menjadi harapan PSSPGM semoga program ini akan mendapat perhatian dan sambutan yang menggalakan daripada semua pihak kerana ianya bertunjangkan kepada usaha-usaha mengukuhkan martabat PSSPGM yang kita dokong dan cintai selama ini.Sebarang pertanyaan sila hubungi Cikgu Mohd Azri Bin Kassim di talian 016-4119011. Sekian dan diucapkan ribuan terima kasih daripada PSSPGM.

p/s : surat pekeliling boleh di download di sini
p/s : borang untuk program boleh download di sini

Thursday, March 25, 2010

Wednesday, February 24, 2010

Mandi Adat

Pada 23/03/2010 jam 2.30ptg ada majlis mandi adat di sekolah kebangsaan taman rakyat.. Kepada memana ahli Gayong yg free, boleh hadir untuk meramaikan majlis..

Friday, February 19, 2010

Keputusan Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung PSSPGM bg sesi 2008/2009 ke-2

Pada 14/02/2010 telah diadakan satu mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung PSSPGM bg sesi 2008/2009 bertempat di Pusat Latihan Tertinggi PSSPGM, Kg Guar Nenas, Gurun, Kedah Darul Aman.. Beberapa pembaharuan telah dipersetujui. Pembaharuan yg telah dibuat adalah melibatkan yuran mandi adat dan mandi seni. Yuran pendaftaran dan yuran tahunan juga telah dinaikkan. Semuanya seperti berikut :-

Yuran Pendaftaran Ahli = Rm 10
Yuran Tahunan Ahli = Rm 10
*pecahan agihan : cawangan 1/2, negeri 1/4 dan pusat 1/4

Mandi Adat/Tapak = Rm 17.50

pecahan agihan :-

(i) wakil mandi = Rm 5
(ii) guru mengajar = Rm 5
(iii) tabung adat negeri = Rm 2
(iv) tabung majlis gurulatih = Rm 2
(v) tabung waris mutlak pusat = Rm 3.50

*jika tiada Waris Mutlak, ianya boleh disalurkan kepada masjid atau anak yatim

Mandi Seni = Rm 27.50

pecahan agihan :-

(i) wakil mandi = Rm 10
(ii) guru mengajar = Rm 10
(iii) tabung adat negeri = Rm 3
(iv) tabung majlis gurulatih = Rm 3
(v) tabung waris mutlak = Rm 1.50

*jika tiada Waris Mutlak, ianya boleh disalurkan kepada masjid atau anak yatim

Wednesday, February 10, 2010

Belia Muda Pusaka Gayong Malaysia

(Logo Belia Muda Pusaka Gayong)

Belia Muda Pusaka Gayong
diwujudkan dengan tujuan agar dapat menyatukan para belia di dalam satu kelab. Belia Muda Pusaka Gayong bertindak sebagai payung yg menaungi kelab-kelab lain yg berada di bawahnya. Antara kelab-kelab yg bernaung di bawah Belia Muda Pusaka Gayong adalah Kelab Audio, Kelab Memancing, Kelab Shuffle, Kelab Perdana, Kelab Skooter dan byk kelab lain lg. Keahlian untuk Belia Muda Pusaka Gayong ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yg berumur antara 18 - 40 thn. Jika ada kelab-kelab @ belia-belia yg berminat untuk menyertai Belia Muda Pusaka Gayong boleh contact jurulatih-jurulatih di sebelah..

Saturday, January 9, 2010

Mesyuarat PSSPGM Caw Kota Setar

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa, satu mesyuarat akan diadakan pada 16 Januari 2010. Mesyuarat ini akan diadakan di Tandop . Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan bagaimanakah caranya untuk kita memperkasakan lg Gayong di thn baru ini. Dengan itu, adalah diharap, semua gurulatih dan jurulatih yg ada di Daerah Kota Setar dapat hadir. Kalau ada sebarang masalah, sila hubungi gurulatih yg terbabit..

Monday, November 9, 2009

Rahsia Di Dalam Solat...

Solat Subuh
Elemen: Logam
Organ Tubuh: Paru-paru
Kesan: Paru-paru menyerap oksigen(o2) sebagai inti bahan bakar untuk metabolism tubuh sehingga manusia siap-sedia untuk beraktivit.

Solat Dhuha
Elemen: Tanah
Organ Tubuh: Usus besar dan Usus Kecil
Kesan: Memperkuatkan penyerapan makanan sebagai pemberi tenaga untuk beraktiviti sepanjang hari.

Solat Zuhur
Elemen: Api
Organ Tubuh: Jantung
Kesan: Merupakan fasa pendinginan kerana seluruh siste tubuh sudah bekerja secara optima dari berbagai aktiviti yang dilakukan manusia pada sebelah siang hari.

Solat Asar & Maghrib
Elemen: Air
Organ Tubuh: Ginjal Usu Kecil
Kesan: Merupakan fungsi detoksifikasi, dimana seluruh sampah metabolism dibuang melalui ginjal dan usus kecil.

Solat Isya'
Elemen: -
Organ Tubuh: Liver Pankreas
Kesan: Proses penyerapan untuk mengganti sel-sel yang mati sekaligus sebagai proses pembentukan imuniti sehingga setelah Isya tubuh memerlukan istirehat agar proses perbaikan berjalan optima.

Solat Tahajud & Witir
Elemen: Kayu
Organ Tubuh: Liver Pankreas, Hempedu
Kesan: Memperkuat pertumbuhan sel-sel baru hasil bentukan solat Isya. Pada waktu ini kekuatan fikiran & hati di dua pertiga malam berkhasiat sebagai self-healing(penyembuh) untuk meningkatkan daya tahan tubuh untuk menghadapi kehidupan.