Tuesday, March 17, 2009

Sejarah Penubuhan Cawangan Alor Setar

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Cawangan Alor Setar ini adalah bernaung di bawah pentadbiran dan latihan tertinggi gelanggang pusat Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia, bertempat di Guar Nenas, Gurun, Kedah. Pertubuhan ini dipimpin oleh Dato' Abd Majid B Mad Isa (D.S.P.N, P.J.K) sebagai guru utama dan merangkap Yang Di Pertua Pertubuhan. Pertubuhan ini adalah terbentuk daripada gabungan gelanggang-gelanggang di dalam daerah Kota Setar. Di awal penubuhannya, pada pertengahan tahun 2008, di atas amanat yang diberikan oleh Yang Di Pertua iaitu Dato’Abdul Majid bin Mat Isa kepada Cikgu Khairil Hazreq B. Kamarolzaman (Cikgu Yet) merangkap sebagai Gurulatih Pusat menyandang Sandang Panglima Hitam untuk mengembalikan serta memertabatkan kembali imej Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia di daerah Alor Setar. Justeru itu, di atas dasar perjuangan dan amanah yang diberikan, Cikgu Yet telah berjumpa dengan semua ketua gelanggang di dalam daerah Kota Setar bagi membentuk satu cawangan baru. Pada hari Jumaat bersamaan 30-1-2009, yang bertempat di rumah Cikgu Yahya (Abang Din Beruang) merangkap penasihat cawangan Alor Setar, di atas persetujuan oleh wakil-wakil dari semua gelanggang di dalam daerah Kota Setar, maka tertubuhlah Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Cawangan Alor Setar, Kedah.

No comments:

Post a Comment