Monday, May 11, 2009

ROMBONGAN DATO’ ABDUL MAJID DAN GURULATIH KE KELANTAN BAGI MENYEMPURNAKAN MAJLIS MANDI MINYAK DI DEWAN KTM,KUALA KRAI,KELANTAN

Perjalanan kami bermula pada 8 Mei 2009 jam lebih kurang 3.45 petang dari rumah Dato’ Abdul Majid B. Mat Isa (Pandak)bertempat di Gelanggang Pusat Gurun ,Kedah untuk menghadiri satu Majlis Mandi Minyak di Kuala Krai,Kelantan .Rombongan ke Kelantan dihadiri oleh Dato’Abdul Majid dan Isteri(Mandak),Cikgu Fadil,Cikgu Ibrahim(Padang Meha,Kulim),Cikgu abe dan Cikgu Yet(Alor Setar),Cikgu Fadli & Kak Ina dan anak-anak.Setelah perjalanan kami lebih Kurang 6 jam sampai di Tanah Merah,Kelantan telah disambut oleh Cikgu Abg Ari dan Sobri ( Abe Kembar).Rombongan kami sampai di Rumah Yusri anak gayong Kuala Krai lebih kurang jam 11.30 malam dan dijamu makan malam Nasi dan masak lemak tempoyak ikan keli . Alhamdulillah ,selesai saja makan dan ramah mesra dengan anak gayong disina ,rombongan kami telah dibawa oleh Cikgu Zul dan Yusri kerumah Prof Dato’Dr Che Musa B. Che Omar untuk penginapan malam kami disana. Keesokannya pada 9 Mei 2009 jam 9.30pg kami berlepas ke Majlis Mandi Minyak Anak Gayong di Dewan KTM,Kuala Krai dan disambut pada pagi tersebut oleh Cikgu Wan Halim dan anak-anak gayong yang lain. Seramai 400 orang Anak murid Gayong yang terdiri dari pelajar-pelajar sekolah di daerah seluruh Kelantan yang mengambil bahagian dalam Majlis Adat Mandi Minyak.Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Prof Dato’ Dr Che Musa B. Che Omar (Pengurusi Badan Kesenian Daerah Kuala Krai) di iringi oleh Dato’ Abdul Majid B. Mat Isa Y.D. Pertua PSSPGM sebagai Wakil Mutlak Gayong bagi melaksanakan Mandi Minyak mengikut adat Gayong .Bersyukur kepada allah setelah selesainya anak-anak gayong mandi minyak dan ada beberapa anak gayong puteri yang tercedera semasa mandi minyak tersebut tetapi mereka masih bertahan dan semangat anak gayong tidak luntur didalam diri mereka semasa menghadapi ujian mandi minyak tersebut.Selesai Majlis tersebut pada jam 2.00ptg rombongan kami sampai disitu saja ,dan berlepas balik ke Kedah semasa dalam perjalanan balik kami sempat lagi singgah di Bukit Bunga untuk membeli serba sedikit ole-ole untuk dibawa balik ke Kedah.Pada jam 9.45 mlm kami sampai di Gelanggang Pusat setelah beberapa destinasi yang kami berhenti untuk melihat Kecantikan Alam yang Allah Ciptakan untuk manusia supaya kita berfikir dan bersyukur atas nikmat yang diberikan .Kami ucapkan ribuan terima-kasih kepada semua Gurulatih-gurulatih dan Anak-anak Gayong di Negeri Kelantan yang telah memberi layanan yang baik semasa rombongan kami disana.Setakat ini sajalah yang dapat dicoretkan didalam blog ni untuk menceritakan sedikit sebanyak semasa rombongan ke Kelantan dan memohon maaf jika perkataan atau nama –nama yang tertinggal dalam coretan blog ini.

No comments:

Post a Comment